Sunday, July 21, 2013

Agama Islam

Agama Islam diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada 6 Ogos tahun 610 M. bersamaan 17 Ramadan melalui malaikat Jibril di Gua Hira. bermula dari saat itu, baginda mula menyebarkan ajaran Islam. Dalam proses penyebaran Islam ini berlaku tentangan daripada orang Quraisy Makkah. Untuk melindungi Islam daripada terus ditekan, baginda menerima jemputan untuk berhijrah ke Madinah pada 12 September tahun 622 M. bersamaan 1 Rabiulawal. bermula di Madinahlah Islam mendapat tapak baru untuk berkembang. Selepas itu Islam bukan sahaja telah disebarkan di Tanah Arab malah hingga ke seluruh dunia.  

           Terdapat dua teras dalam agama Islam, iaitu akidah dan syariah. Akidah merupakan keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah. Syariah pula ialah undang-undang yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah( hadis ) yang menjadi petunjuk kepada umat Islam. Kesimpulannya, orang Islam wajib meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam. 

                   Akidah dan syariah menjadi sumber atau pencetus kepada tamadun Islam. Seterusnya memberikan sumbangan kepada peradaban dunia.

 Sudut maklumat  

Rukun Iman 
i)   Percaya kepada Allah s.w.t. 
ii)  Percaya kepada malaikat 
iii) Percaya kepada kilab-kilab
iv) Percaya kepada  para nabi dan rasul 
v)  Percaya kepada hari kiamat
vi) Percaya kepada qadha dan qadar

Rukun Islam
i)   Pengakuan " tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi   Muhammad itu pesuruh   Allah" 
ii)  Wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam 
iii) Wajib berzakat
iv) Wajib berpuasa pada bulan Ramadhan

v)   Menunaikan fardu haji di Makkah bagi yang mampu

No comments:

Post a Comment