Sunday, July 21, 2013

Pengenalan

Agama merupakan keperluan utama dalam pembentukan dan peningkatan tamadun.Secara umum, agama ialah sesuatu kepercayaan atau ajaran yang dianut oleh seseorang.

Antara kepentingan agama dalam kehidupan manusia termasuk:
Ø        Melahirkan individu yang bermoral
Ø        Merupakan pedoman kepada manusia
Ø        Membimbing manusia kea rah kehidupan yang sempurna
Ø        Membentuk tamadun
Ø        Meningkatkan tamadun
Ø        Mewujudkan keamanan dalam masyarakat
Ø        Melahirkan manusia yang berdisiplin
Ø        Melahirkan individu yang menghormati orang lain

Di India, lahir agama Hindu kemudian agama Buddha.Dalam tamadun awal China lahir Confucianisme dan Taoisme.Kemudiannya,di Palestin muncul agama Kristian dan pada tahun 610M. lahir pula agama Islam di Makkah.

Sudut Maklumat


  • Agama-Pegangan kepercayaan kepada satu-satu tuhan atau dewa
  • Ajaran-Aspek-aspek kepercayaan yang terkandung dalam satu-satu agama

Agama Hindu

Perkataan Hindu pada mulanya digunakan untuk merujuk masyarakat yang tinggal di Sungai Sindhu (Indus). Berbanding dengan agama lain di dunia, sejarah kemunculan agama ini sukar dipastikan.Meskipun demikian,agama ini sering dikatakan telah muncul sejak zaman tamadun Indus lagi.

                                          Sungai Sindhu ( Sungai Indus)
Struktur agama Hindu semakin jelas pada Zaman Vedik terutamanya apabila wujud kitab suci Veda yang menjadi kitab kepada agama ini.Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai tiga fungsi utama iaitu:


  • Mencipta- Brahman
  • Memelihara- Vishnu
  • Membinasa- Siva
Agama Hindu mempunyai enam aliran iaitu:
Sejak Zaman empayar Maurya, antara tahun 320-181S.M agama ini telah menjadi agama yang penting dan memaparkan dominasi golonga Brahmin.Meskipun demikian, agama ini telah menerima saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka.Kegemilangan agama Hindu muncul pada masa empayar Gupta, antara tahun 320-520M..

Penganut agama Hindu mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati.Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah mencapai Moksya.Seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar Moksya dapat dicapai.


Sudut Maklumat

  • Agama Hindu- juga dikenali sebagai Sanata Dharma yang bermakna peraturan kerohanian yang kekal   abadi.
  • Moksya- bermaksud kebebasan mutlak.Sesiapa yang mencapai Moksya akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia.

Agama Kristian

Bagi penganut Kristian, agama ini dikatakan telah diasaskan oleh Jesus Christ yang berasal dari Jerusalem. Tarikh 25 Disember dianggap sebagai tarikh lahir Jesus dan diraikan setiap tahun oleh para penganut agama Kristian sebagai Hari Natal. Old Testament dan New Testament merupakan dua kitab suci dalam agama Kristian dan dikenali sebagai bible. Dalam proses perkembangannya di Eropah, penganut agama ini terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan rintangan termasuk tentangan daripada pemerintahan Rom sendiri. Akhirnya, agama ini telah berjaya bertapak dengan kukuh dan mempunyai pengikut yang ramai di Eropah. Majoriti ahli masyarakat Eropah sebelum kedatangan agama Kristian merupakan pagan.


Agama Kristian mula mendapat tempat di Eropah pada Zaman Rom, iaitu semasa pemerintahan Constantine antara tahun 280-337 S.M.. Constantine telah mengiktiraf agama Kristian sebagai salah satu ajaran yang bebas untuk dipraktikkan oleh masyarakat Rom selain yang diamalkan oleh pagan. Bagi individu yang terlibat dengan perancangan dan kegiatan agama, mereka akan dikecualikan daripada dikenakan kerja berat. Hari Ahad juga telah dikhaskan sebagai hari untuk melakukan sebarang aktiviti agama yang berkaitan. Justeru, adama Kristian terus subur pada Zaman Rom hingga Rom dikenali sebagai Empayar Kristian. Malah, keruntuhan empayar Rom (Barat) pada lewat abad krelima Masihi tidak membawa maksud agama ini terus lenyap ditelan zaman. Sebaliknya, agama Kristian mengukuhkan kedudukannya dalam kerangka kehidupan sosial,ekonomi, dan politik pada zaman pertengahan di Eropah.


Jesus Christ


                                                        Penghiasan Hari Natal
                                                                     
                                                               
                                                                             Bible

 

Sudut Maklumat

Pagan: Merujuk kepada orang yang tidak mempercayai atau manganut sebarang agama utama dunia.

Agama Buddha

Agama ini diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dikenali oleh penganutnya sebagai Buddha. Kemunculan agama ini sering dirujuk sebagai satu penentangan golongan Ksyatria terhadap dominasi Brahmin dalam soal agama dan kehidupan. Sistem kasta yang dilihat begitu tegar telah dianggap menjadikan masyarakat tidak teratur. Hal ini memberikan kesedaran kepada Gautama Buddha untuk mencari kebenaran. Gautama menemui kebenaran sewaktu bertapa di bawah pokok bodhi di sebuah kampung bernama Uruveda. Kebenaran yang ditemui oleh Gautama dianggap atau dipercayai akan melepaskan diri manusia daripada kesengsaraan. Antara asas ajaran Buddha termasuklah empat kebenaran mulia yand dapat dicapai melalui lapan jalan.


Agama Buddha mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Asoka. Pada zaman ini Buddha bukan sahaja menjadi agama rasmi kerajaan Maurya tetapi juga mengalami perkembangan yang pesat kesan daripada dasar penghantaran mubaligh ke luar negara. Agama Buddha telah diterima dengan baik di Tibet, Sri Lanka, negeri-negeri Asia Tenggara dan China. Agama Buddha juga menggunakan bahasa Pali dan kitab Tripitaka sebagai kitab suci. Kitab Tripitaka mengandungi, Sutta Pitaka Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka.

                                                       Tokoh Siddharta Gautama.


                                                                     Struktur Kitab Tripitaka


Tahukan Anda

Empat Kebenaran mulia dalam agama Buddha:
  • Dukka atau penderitaan,
  • Samudaya atau sebab penderitaan,
  • Nirodha, iaitu nafsu yang membawa penderitaan dan
  • Marga, iaitu cara memadamkan nafsu dan keinginan.
 Lapan jalan dalam agama Buddha ialah: 
1.     kepercayaan yang betul.
2.     tujuan yang betul
3.     pertuturan yang betul
4.     perbuatan yang betul
5.     hidup yang baik
6.     usaha yang baik
7.     fikiran yang baik
8.     renungan yang baik

Agama Islam

Agama Islam diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada 6 Ogos tahun 610 M. bersamaan 17 Ramadan melalui malaikat Jibril di Gua Hira. bermula dari saat itu, baginda mula menyebarkan ajaran Islam. Dalam proses penyebaran Islam ini berlaku tentangan daripada orang Quraisy Makkah. Untuk melindungi Islam daripada terus ditekan, baginda menerima jemputan untuk berhijrah ke Madinah pada 12 September tahun 622 M. bersamaan 1 Rabiulawal. bermula di Madinahlah Islam mendapat tapak baru untuk berkembang. Selepas itu Islam bukan sahaja telah disebarkan di Tanah Arab malah hingga ke seluruh dunia.  

           Terdapat dua teras dalam agama Islam, iaitu akidah dan syariah. Akidah merupakan keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah. Syariah pula ialah undang-undang yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah( hadis ) yang menjadi petunjuk kepada umat Islam. Kesimpulannya, orang Islam wajib meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam. 

                   Akidah dan syariah menjadi sumber atau pencetus kepada tamadun Islam. Seterusnya memberikan sumbangan kepada peradaban dunia.

 Sudut maklumat  

Rukun Iman 
i)   Percaya kepada Allah s.w.t. 
ii)  Percaya kepada malaikat 
iii) Percaya kepada kilab-kilab
iv) Percaya kepada  para nabi dan rasul 
v)  Percaya kepada hari kiamat
vi) Percaya kepada qadha dan qadar

Rukun Islam
i)   Pengakuan " tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi   Muhammad itu pesuruh   Allah" 
ii)  Wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam 
iii) Wajib berzakat
iv) Wajib berpuasa pada bulan Ramadhan

v)   Menunaikan fardu haji di Makkah bagi yang mampu

Confucianisme

Ajaran ini diasaskan oleh Confucius yang lahir di negeri Lu, iaitu di Shantung. Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan di negeri Lu. Namun demikian, beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China. Masyarakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Confucius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China.Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseorang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan masyarakat.



                                                                Lakaran Confucius.

Taoisme

Salah satu lagi ajaran yang penting dalam Tamadun China ialah Taoisme. Ajaran ini muncul agak lewat berbanding dengan ajaran Confucius. Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Beliau lahir di negari Chu. Beliau juga pernah bekerja di negeri Chou. Seperti Confucius, Lao Tze juga pernah mengembara ke luar untuk menyebarkan pengaruhnya.Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk Tao Te Ching yang mengandungi idea falsafal Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama. Dasar ajaran ini lebih munumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku. Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei.Jika manusia bertindak, maka, perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Oleh sebab itu Lao Tze tidak menyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.

    Lakaran Lao Tze.

Rumusan

Agama merupakan keperluan utama dalam pembentukan dan peningkatan tamadum.

Sebagai individu yang bermoral, kita haruslah menghormati ajaran agama orang lain untuk menjamin keharmonian dan kesejahteraan.

Sekian, terima kasih!