Sunday, July 21, 2013

Agama Hindu

Perkataan Hindu pada mulanya digunakan untuk merujuk masyarakat yang tinggal di Sungai Sindhu (Indus). Berbanding dengan agama lain di dunia, sejarah kemunculan agama ini sukar dipastikan.Meskipun demikian,agama ini sering dikatakan telah muncul sejak zaman tamadun Indus lagi.

                                          Sungai Sindhu ( Sungai Indus)
Struktur agama Hindu semakin jelas pada Zaman Vedik terutamanya apabila wujud kitab suci Veda yang menjadi kitab kepada agama ini.Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai tiga fungsi utama iaitu:


  • Mencipta- Brahman
  • Memelihara- Vishnu
  • Membinasa- Siva
Agama Hindu mempunyai enam aliran iaitu:
Sejak Zaman empayar Maurya, antara tahun 320-181S.M agama ini telah menjadi agama yang penting dan memaparkan dominasi golonga Brahmin.Meskipun demikian, agama ini telah menerima saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka.Kegemilangan agama Hindu muncul pada masa empayar Gupta, antara tahun 320-520M..

Penganut agama Hindu mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati.Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah mencapai Moksya.Seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar Moksya dapat dicapai.


Sudut Maklumat

  • Agama Hindu- juga dikenali sebagai Sanata Dharma yang bermakna peraturan kerohanian yang kekal   abadi.
  • Moksya- bermaksud kebebasan mutlak.Sesiapa yang mencapai Moksya akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia.

No comments:

Post a Comment