Sunday, July 21, 2013

Agama Buddha

Agama ini diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dikenali oleh penganutnya sebagai Buddha. Kemunculan agama ini sering dirujuk sebagai satu penentangan golongan Ksyatria terhadap dominasi Brahmin dalam soal agama dan kehidupan. Sistem kasta yang dilihat begitu tegar telah dianggap menjadikan masyarakat tidak teratur. Hal ini memberikan kesedaran kepada Gautama Buddha untuk mencari kebenaran. Gautama menemui kebenaran sewaktu bertapa di bawah pokok bodhi di sebuah kampung bernama Uruveda. Kebenaran yang ditemui oleh Gautama dianggap atau dipercayai akan melepaskan diri manusia daripada kesengsaraan. Antara asas ajaran Buddha termasuklah empat kebenaran mulia yand dapat dicapai melalui lapan jalan.


Agama Buddha mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Asoka. Pada zaman ini Buddha bukan sahaja menjadi agama rasmi kerajaan Maurya tetapi juga mengalami perkembangan yang pesat kesan daripada dasar penghantaran mubaligh ke luar negara. Agama Buddha telah diterima dengan baik di Tibet, Sri Lanka, negeri-negeri Asia Tenggara dan China. Agama Buddha juga menggunakan bahasa Pali dan kitab Tripitaka sebagai kitab suci. Kitab Tripitaka mengandungi, Sutta Pitaka Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka.

                                                       Tokoh Siddharta Gautama.


                                                                     Struktur Kitab Tripitaka


Tahukan Anda

Empat Kebenaran mulia dalam agama Buddha:
  • Dukka atau penderitaan,
  • Samudaya atau sebab penderitaan,
  • Nirodha, iaitu nafsu yang membawa penderitaan dan
  • Marga, iaitu cara memadamkan nafsu dan keinginan.
 Lapan jalan dalam agama Buddha ialah: 
1.     kepercayaan yang betul.
2.     tujuan yang betul
3.     pertuturan yang betul
4.     perbuatan yang betul
5.     hidup yang baik
6.     usaha yang baik
7.     fikiran yang baik
8.     renungan yang baik

No comments:

Post a Comment